Friday, June 27, 2008

Latarbelakang Pengasas Qurrotaaini

Oleh Nur Syuhada Shamsuddin

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) --Laksana seorang doktor mata yang memberi khidmat nasihat kepadapesakit, Ustaz Fairus Mohamed tenang berbicara ketika orang ramaimengunjungi gerai pamerannya di Pameran Halal Antarabangsa MalaysiaKeempat (MIHAS) 2007 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Walaupunberjiran dengan lebih 500 gerai lain yang di antaranya menjual pelbagaiproduk kecantikan dan kesihatan, keluaran tempatan dan antarabangsa,Ustaz Fairus tetap yakin toner mata yang diusahakannya sejak 10 tahunlepas bakal menarik perhatian ramai.

Apabila gerai pamerannyadihalakan lensa kamera dan wartawan mula mencatat sesuatu pada buku,pengunjung yang kebanyakannya berkaca mata mula mengintai produkciptaan Ustaz Fairus yang dikatakan boleh menyembuhkan masalah rabunjauh dan dekat yang serius.

"Dengan izin Allah sembuh. Tidakperlu dibedah dan berkaca mata. Insya Allah," kata Ustaz Fairus kepadaBernama ketika ditemui di MIHAS baru-baru ini.

TIADA PENDIDIKAN FORMAL DALAM BIDANG OPTOMETRI

UstazFairus, 37, mendapat pendidikan dalam bidang pengajian Islam di PasirTumbuh, Kelantan serta Pattani (Thailand) dan di Mekah. Tanpa mengikutipengajian formal dalam bidang optometri di mana-mana universiti, beliauhanya berpandukan kitab-kitab lama Arab untuk menghasilkan produknya.

JelasUstaz Fairus, toner mata itu dihasilkan daripada perahan pucuk daunkayu yang terpilih, antaranya daun sirih sebagai bahan utama dan daunbakawali, madu lebah dan air zam-zam.

Individu pertama yangmencuba toner mata di bawah label Qurrotaaini itu adalah ibu mentuanyayang rabun sejak kecil. Ketika hampir dibedah akibat penglihatan yangsangat kabur semasa berusia tahun, Ustaz Fairus mengajukan dua botol produknya untuk dicuba.

Belumhabis pun sebotol, cermin mata yang sebelum itu tidak lagi bolehdigunakan ibu mentuanya kerana kabur, semakin hari semakin "terang".Berdasarkan testimoni pertama itu, Ustaz Fairus mula menjual toner mataitu di pasar tani dan masjid-masjid.

HADIRI KURSUS DALAM BIDANG MATA

Padamulanya, perasaan was-was menguasai diri kerana toner matanya yangketika itu tanpa pembungkusan yang sempurna, dijual dengan harga RM6sebotol berbanding satu lagi toner mata berjenama terkenal yang dijualdengan harga RM3.

Namun berkat doa dan keyakinan yang tersematdi jiwa, membuatkan Ustaz Fairus enggan menoleh ke belakang lagi.Ternyata percubaan pertamanya membuahkan hasil apabila produknya mulamendapat sambutan ramai.

"Apabila melihat sambutan baik itu,pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan (FAMA), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) memanggilsaya untuk menghadiri kursus dalam bidang mata di universiti-universititempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya.

Antarakursus yang dihadiri adalah 'The Course on Good ManufacturingPractice'(GMP) anjuran UKM dan Kursus 'Chronic Ear, Nose and Throat(ENT) Illnesses' anjuran Jabatan Otorinolaringologi, Kepala dan Leher,Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

"Sedikit sebanyak saya mula tahu terma-terma untuk mata seperti glaukoma, retina," jelasnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

PENGAKUAN PENGGUNA


Pelbagaipengalaman juga dapat dilihat pada buku testimoni pengguna dan lamanweb Qurotaaini. Antara yang menarik ialah pengakuan daripada seorangpensyarah universiti tempatan, Profesor Madya Che Siah Che Man.

Menurut Che Siah, beliau telah menggunakan toner mata itu sejak empat tahun lalu.

"Selepasitu ibu saya yang berusia 78 tahun turut menggunakannya. Sebelummenggunakan Qurrotaaini, matanya hampir dibedah. Alhamdulillah selepasitu beliau tidak lagi memakai cermin mata," katanya.

Selain itutestimoni pengguna dari Kuala Terengganu iaitu Syed Ahmad Idrus. Beliaumenghidap penyakit kencing manis sejak 28 tahun lalu sehinggamenyebabkan penglihatannya semakin kabur. Namun selepas menggunakantiga botol Qurrotaaini, penglihatannya semakin jelas.

IMPIAN MEMASARKAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Antarakejayaan manis Ustaz Fairus apabila menerima Anugerah Usahawan PemasarGemilang peringkat kebangsaan pada tahun 2004 kategori Komoditi Herbayang dianugerahkan FAMA. Ia disampaikan Perdana Menteri Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi.

Buat masa ini, toner mata itu dikilangkandi Pulau Pinang. Namun permintaan daripada pengedar di seluruh negarayang mencecah 20,000 hingga 30,000 sebulan, menyebabkan Ustaz Fairusmembeli sebuah kilang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan yang masihdalam proses pengubahsuaian.

Tiada penyakit yang tiada penawarnya.

No comments: